Pages

Friday, August 12, 2011

KEMBALI BERSAMA

Perrrghhh!!! lama x blog..hehehhe ase2 last awal twun nie...
mybe x adea plus MLAS sama kot..

Wednesday, February 16, 2011

~Jeram Toi, Seremban ,Negeri Sembilan~


 Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Berembun iaitu kira-kira 35 minit dari bandar Seremban. Hutan Dipterokarp Bukit ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Sungai Batang Toi yang mengalir jernih melalui bongkahan batu begitu memberi makna kepada pengemar alam semulajadi. Tarikan air yang jernih yang jatuh dari 7 tingkah air terjun begitu mendinginkan pengunjung. Bagi orang dewasa, kolam mandi yang ada memberi kepuasan untuk menghayati keseronokan berenang atau berendam. Bagi kanak-kanak, satu kolam yang sesuai kepada mereka juga disediakan.
Kini hutan lipur ini semakin menjadi popular dan mendapat perhatian pengunjung baik dari Negeri Sembilan mahupun dari negeri yang berhampiran. Bagi mereka yang datang dari Selangor atau Kuala Lumpur, penggunaan Lebuh Raya LEKAS begitu mudah untuk menghubungi ke kawasan ini. Selain itu perjalanan dari Seremban melalui Pekan Pantai ke arah Kuala Klawang juga mudah.






































Thursday, February 10, 2011

Black n White n Colour

 love r forever


love only symbol??


smoke as burn yours

smoke ohh smoke

Friday, January 28, 2011

~ Teluk Anson ~


Asal-usul nama

]Teluk Mak Intan

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.